Jodoh
jodoh itu rahsia Allah?
ok lah lets start now. alang2 tengah free kan sekarang. aku ni sebenarnya suka menulis n menaip. tapi m.a.l.a.s. nak makan malas, nak tido malas nak kawin malas. segala2nya maalas., sebab tu kot umo 27 pun tak kawin lagi. sebab pemalas. malang betul bakal suami.huhuhuhu
sambung lagi, nak keluar jenjalan malas, aku boleh cancel last minute plan sebab malas siap. nak kerja? toksah tanya la kakcik, aku ni bab kerja bila pernah aku rajin? submit gaji ja aku rajin la.hiks. nak dating? takyah cerita darjah celcius kemalasan aku. sebab tu org yang aku kenal lari gitu je. sebab dorang ingat aku tak serius maybe? sis broken u know💔
tapi takyah risau aku jenis cepat move on. harini aku sedih, esok aku boleh sambung tido bangun tido dengan jayanya macam takdak masalah.
eh harey tajuk lain intro lain. aku nak cerita pasal jodoh sebenarnya.
aku sebenarnya tak boleh brained ni..umur aku 27 , bukan setakat suami, calon suami pun takda. aku takdaklah sedih macam orang mati laki, tapi kadang2 tertanya2 kenapa la takda org mendekat. sebab aku kehulu hilir dgn anak buah gamaknya, maybe depa ingat aku ni dh mak makk. omg sedih.
tapi aku ni dh sampai tahap tak pikir dah tau bab2 jodoh ni. ada kawin, takdak toksah kawin. duk pikir bab keje je, balik keja nak buat apa? sebelum g keje nak buat apa? weekend nak buat apa? nak g jalan2 mana? duit nak habiskan kat mana? huhuhu. sampai 1 tahap..kawan2 aku dh kawin, maka tinggallah aku yg single ni krik2 mcm cengkerik
yg buat aku tak memikir sgt bab jodoh ni, sebab aku selalu berpegang pada ayat ni.. perempuan baik untuk lelaki yg baik dan sebaliknya. bila kita solat, kita slalu berdoa nak peneman hidup yg baik kan? taknak la yg jenis tangkap muat je. mungkin sebab tu lah kot. bermaksud, aku belum betul2 berubah jadi yg baik la kan.. sbb yg baik sllu lewat. cliche,. husnuzhon katanyaaa gitewhh.
4 5 years back, aku pernah ada kwan lelaki, tp dh lebih sbg kawan dh sebenaqnya huhuh. couple la maksud aku haih lembab betul hampa nak paham. arwah dh meninggal dh sebab kemalangan. (next entry aku cerita. 3 tahun kisah nak pendekkan dlm 1 entry susah ok heheh)
aku selalu terfikir, kalau arwah masih hidup, mungkin kitaorg dh kawin skrg.. sebab lepas dia meninggal pun, memang aku takda pengganti. bukan tak cari, bukan takda yg dekat..ada. cuma entah, tak melekat. tak lama jodohnya. dah nak kawin tapi tak jadi, ada yg masuk meminang sampai rumah siap bawa cincin tapi aku tolak la, ada yg hilangkan diri sbb tak boleh terima syarat aku la, yang pasti setiap perkenalan hati aku was was. end up, masing2 bawa haluan masing2..ada yg dh tunang pun ada dgn org lain. kesian dia kan. aku ni bermasalah kot, busy keje sgt. cuma 1 ja, kalau org tu betul2 nak kita, dia mesti berusaha kan. tapi ada lagi ke lelaki mcm tu? eh aku tak kisah la,
aku selalu berdoa, semoga tuhan bukakan hati aku ni..untuk terima ja lelaki mana2 asalkan dia taat perintah Allah.yg boleh jaga aku dunia akhirat.sebab aku rasa mcm..susahhhhhh sgt nak suka org. macam aku cerita tadi la jemah, asal ada yg dekat ja..terus tak jadi., kau bayang kan tinggal nk fitting baju je, tiba2 parent dia tak setuju. sedih and ralat jugak sebab parent aku dh tahu, tapi mujur jugak tak jadi kawin.. dia tu dh la anak mak, tak tinggi pulak. HAHAHAHH. jahat kan aku, tp alhamdulillah tak jd kawin. jadi sat jela aku sedih, ada la dlm 3hari. pastu aku hidup mcm org biasa. sebab aku percaya, mesti ada sebab kenapa Allah aturkan semua ni. well 2 years then baru aku nampak hikmahnya. nantilah aku cerita.
sebab tu aku selalu stressed on about this thing, kau jangan risau jodoh kau lewat sikit dari org lain..Allah dh aturkan kejadian tu cantik dah. kau tunggu je masa yg sesuai. tapi jangan tunggu macam tunggul tak berdoa apa semua. itu namanya mangkaq. doa la. doa is a power of everything. usaha? semestinya kena usaha, bukan hrini aku cakap usaha..esok kau terus install wechat tinder bagai lol huh.. tapi "berubah" . berusaha berubah kearah yg baik. senangkan cakap? huhuh. mmg senang, lagi senang ni sebab aku taip je. aku sendiri pun susah nak buat. tapi itu je jalannya. tak yah kau nak try hard mcm insta famous amos tu mekap tebal perfume sebaldi acah jumpa depan 7e terlanggar first sight love mcm iklan sunsilk alif syukri dgn bini dia tu. eh uh lol tibaa. itu semua dusta tahyul bahlul semata.
tapi aku rasa macam umur aku 27 ok lagi la. boleh diterima akal tak kawin lagi. kalau 28 tahun ke atas dah diambang wati dah. dgn rupa aku pulak tak seberapa. mesti byk mulut puaka makcik kampung berbunyi, hooh sedih.
dengan ini, semboyan telah berbunyi..marilah kita berubah.hahah. lol
walaupun di luar nampak tenang like takda jodoh pun takpe janji hati tenang. tapi aku tak sanggup beb mereput sorang2.huhuh. doakan aku k
bye.
-kalau dh jumpa nnt aku rojer korang-
Comments
Post a Comment